platform penyelesaian konflik era digital

forumfirstly i would like to apologize our facilitator for being ignorant that we actually have to submit a softcopy of the above by using our blog..

just being responsible, and also to complete/perfection to our ict assignment, herewith is my points about the above topic.

Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya berjaya menyertai forum sebagaimana yang dikehendaki oleh fasilitator.

            Tujuan penglibatan di dalam forum ini sebagai permulaannya bagi mendapatkan idea secara kasar dari sesiapa jua ahli forum.

            Kebiasaannya, saya akan menggunakan pendapat di dalam forum ini untuk tujuan penggunaan secara ringan dan mudah, dan kadangkala dibincangkan pula  dengan rakan-rakan sepejabat mahupun bersama keluarga.

            Forum yang disertai ialah:-

            i) Portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

*      http://web.islam.gov.my/

*      (Login: ainbaby, 

            ii) Forum MBPJ

*      www.mbpj.gov.my/forum/

*      (Login: norkiah,

Kebaikan Forum

Terdapat banyak kebaikan forum dan juga banyak keburukan/kekurangan menggunakannya. Yang pastinya, pengguna mestilah bijak mencari forum yang sesuai, di mana ahli-ahlinya, bahasa yang digunakan, maklumat yang dibincangkan, dan beberapa perkara lain yang perlu diambil berat supaya pengguna mendapat apa yang diinginkan.

Berikut beberapa senarai kebaikan menggunakan forum :-

            i) Menjimatkan masa pencarian maklumat

            Perkongsian maklumat dan pendapat dapat dilakukan dalam masa/tempoh yang singkat, tanpa perlu membuat rujukan buku dan sebagainya.

            ii) Kepelbagaian topik mengikut jenis forum/kepelbagaian idea

            Maklumat yang ingin diperolehi boleh dipelbagaikan mengikut topik yang berlainan. Contohnya seperti isu agama, fesyen, isu politik dan sebagainya. Terdapat banyak forum yang membincangkan satu topik yang sama, dan pengguna boleh membuat pilihan berdasarkan latarbelakang forum (ahli/bahasa/maklumat/dll)

            iii) Memperolehi pendapat dari pelbagai bidang dan negara

            Keterbukaan laman maya ini membolehkan pengguna memperolehi pendapat yang lebih luas konteksnya, di mana ianya turut dikongsi oleh pengguna secara global. Terutamanya dengan penggunaan bahasa yang global juga (Bahasa Inggeris, Arab, Melayu).

            iv) Mempunyai ramai kenalan dari pelbagai peringkat

            Secara tidak langsung, pengguna dapat berkenalan dengan lebih ramai rakan yang mempunyai hobi dan minat yang sama, serta bidang dan pemikiran yang sama. Media komunikasi yang murah dan mudah.

            v) Menambah pendapatan dengan cara yang mudah dan murah

            Terdapat juga pengguna yang menggunakan forum untuk mengembangkan perniagaannya. Forum dapat digunakan untuk memperkenalkan produk dan membincangkan tentang faedah penggunaannya. Ianya lebih cepat, mudah dan murah.

4.2       Keburukan Forum

Di antara beberapa keburukan forum ialah :-

            i) Maklumat kurang tepat/tiada rujukan tertentu yang sahih

            Maklumat yang diberikan berkemungkinan tidak tepat dan hanya berdasarkan pemikiran seseorang ahli. Pengguna perlu membuat rujukan tambahan bagi mengukuhkan lagi pendapat yang diberikan sekiranya ia berniat untuk menggunakannya untuk tujuan akademik.

            ii) Usul yang berulang – tiada sambutan

            Kadangkala topik yang diusulkan tidak mendapat sambutan kerana ianya mungkin pernah dibincangkan sebelumnya. Pengguna perlu membuat carian lain jika perkara ini berlaku.

            iii) Penipuan maklumat

            Terdapat laman forum yang tidak asli dan menjalankan penipuan terutamanya yang melibatkan pelaburan dan perniagaan.

            iv) Penyebaran dakyah palsu dan berisiko tinggi

            Forum ini juga boleh menjadi medium penyebaran dakyah yang kurang sihat dan adakalanya menyesatkan. Terdapat juga perkongsian maklumat tentang cara-cara membuat bom dan juga penyebaran agama yang salah.

            v) Penggunaan tanpa sekatan – peningkatan masalah sosial

           

            Apabila forum ini digunakan tanpa kawalan, adakalanya ianya berunsur pornografi dan perkara ini agak membimbangkan jika tidak disekat, terutamanya pengguna di kalangan pelajar sekolah dan remaja.

 That’s all about my assignment.Thank you.

Advertisement

~ by yuyunne on January 23, 2008.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.